oke. kali ni kita dalam mood yang agak jiwang. kepada yang membaca agar bersedia untuk muntah. gua tak tanggung. ini ala-ala romantik. abang romeo & akak juliet. bagaikan hang tuah dengan puteri gusti putri raden adjeng retno dumillah. shah jihan dengan mumtaz mahal. kucing dengan tikusnya. sang kancil dengan buaya. (?)
hidup tanpa cinta
bagai buta tanpa tongkat
hidup tanpa rindu
umpama hidup dalam gelap
bercinta seperti kenalan baru
perasaan segar tidak pernah pupus
rindu sentiasa ada
itu sebab tiadanya kau
itu sebab tiadanya kau
aku mengigau dalam tidur
dalam tv ada kamu
di awan ada kau juga
kulihat cermin
*fuhhh.
nasib baik muka aku.
walau aku seperti batu
keras, padat, mampat & mantap
*wow!
dalam hati ada lagu p. ramlee
*iya.
lagu tu memang untuk kau.
aku tak pandai berkata-kata
ku bukan jenis mulut manis
kecuali aku tengah makan gula gula
kecuali aku tengah makan gula gula
tapi kau mesti tahu
aku cintakan kau lebih
riang hatiku
kerna hadirnya kau
sukanya kau
mungkin adanya aku?
*oh
angkat bakul sendiri aku rupanya
mahu hidup denganmu
bina empayar kita sendiri
teratak indah kita cipta
insya Allah moga direstui
untukku cintamu
untukmu cintaku
habis.
tribute to my fiannce, cik aziemah othman. kenal tak? sorry ye. jangan siapa siapa nak potong line gua ye. don't make me angry, you wouldn't like me when I'm angry. Haha.
p/s: shhhhh! dont tell my cik aziemah gua. malu la gua nanti.