Mimpi atau Realiti?

Cam tak percaya jek aku salah sorang yang tersenarai menduduki carta orang-orang yang telah berjaya dari temuduga hsbb hari tue. Orang dari telekom Malaysia telah pun memberitahu aku tengahari tadi. Syukur alhamdulillah. Dapat gak aku kerja.

Hari selasa (10/03) nie aku dimestikan ke menara tm semula untuk amik offer letter. Aku mendapat tahu aku perlu melapor diri pada 16/03 untuk program induksi selama 3 minggu di Terengganu. Kemudian baru la aku di post kan ke area lembah klang.

Semuanya masih lagi samar. Jadi aku perlu ke menara tm selasa nie untuk maklumat lanjut. Tunggu berita selanjutnya.

pisst: macam-macam aku nak beli bila dah kerja nanti. barang-barang dier ialah... nantilah aku bagitahu. hehe.

Adakah Aku Sudah Jadi Pakcik?

Detik 20/02/2009, aku diistiharkan mendapat gelaran nama di hadapan namaku. Bukan Tan Sri, Dato, Datuk mahupun Puan Sri. Tetapi...

Pakcik Mohammed Faiz!

Wow! Terujanya. Mana taknya first time dapat anak buah. Haha. Kakak Ipar aku sudah pun melahirkan anak pertamanya di Hospital Putrajaya pada pukul 4-5 pm (aku kurang pasti pula. I'm Sorry!). Hey! It Baby Girl. Namanya Raudhah Nasihah. Sodap gitu.
Sungguh bertuah si Raudhah. Dapat pakcik yang baik malah prihatin lagi. Haha.

Sudah pulang ke Putrajaya dari bercuti di Kedah selama seminggu kerana menghantar kakak ipar pulang. Sekarang aku dengan abang tersangatlah keletihan melakukan pemanduan secara bergilir-gilir.

raudhah nasihah - zzzz.

pisst: Pakcik tua sangat bagi usia mudaku. Apakata uncle F. Nama bergaya sikit. Hahahaktuih.

Putrajaya

Huh. Dah lama aku tak meng'blogkan diri aku. Biasalah, kat sini takde cc (cyber cafe). Ini pun aku pinjam laptop kak ipar aku online kat rumah die sebab ade internet.

pandangan dari kuartes guru

Aku sekarang nie sedang meluaskan jajahan aku di Putrajaya. Haha. Takde la. Aku duduk sementara di sane untuk beberapa hari. Menumpang di rumah pakcik aku di kuartes guru di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Sekolah jantan-jantan jek. Haha.

Selama hampir seminggu di sini amat-amat bosan. Kalau tiada komputer/laptop buleh jadi kurang waras aku. Nasib baik ada laptop kak ipar aku selaku cikgu di sekolah nie. Sekolah nie berhampiran dengan Alamanda. Disitu la tempat aku jalan-jalan kalau aku sudah bosan tahap maharaja. Memang dekat lebih kurang 15 minit saja sudah sampai jika berjalan kaki.

Hati Kecik ku

Berdebar hati aku menanti hari esok hari. Kerna pada keesokan pagi aku akan ditemudugakan oleh orang2 telekom malaysia (tm). Gentar siot!!!
p/s: doa-doakan aku supaya perjalanan aku lancar dan dapat kerja cepat boleh kahwin cepat. Amin.

Temuduga?

Trutt.. Trutt..

Telefon bimbit aku memekak disiang hari. Kacau betul aku nak lelap untuk beberapa jam lagi pun takleh. haha. Owh! Ada orang hantar sms. Sender bernama FOCus. Pelik.



Sila Hadir Temuduga HSBB 5/2/09 Tkt 10(U) Menara Tm Jalan Pantai Baru KL
9am, Bawa Sijil Asal & Gambar. Hubungi bla bla bla lagi.



Mamai lagi. Oo! Rupanya job nie aku penah mohon online dulu dulu. Tak sangka bule dapat shortlist. Gila la ha. Apa tue HSBB (High Speed Broadband) ek?. Biasala aku dari jurusan Mekanikal. Memang tak kena. Haha.

Huh! Kena berkerja keras nie. Aku sudah terlalu lama menjadi suribantal di rumah. Harap harap aku dapat position pembantu teknik nie. Amin.

penjajah