Putrajaya

Huh. Dah lama aku tak meng'blogkan diri aku. Biasalah, kat sini takde cc (cyber cafe). Ini pun aku pinjam laptop kak ipar aku online kat rumah die sebab ade internet.

pandangan dari kuartes guru

Aku sekarang nie sedang meluaskan jajahan aku di Putrajaya. Haha. Takde la. Aku duduk sementara di sane untuk beberapa hari. Menumpang di rumah pakcik aku di kuartes guru di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Sekolah jantan-jantan jek. Haha.

Selama hampir seminggu di sini amat-amat bosan. Kalau tiada komputer/laptop buleh jadi kurang waras aku. Nasib baik ada laptop kak ipar aku selaku cikgu di sekolah nie. Sekolah nie berhampiran dengan Alamanda. Disitu la tempat aku jalan-jalan kalau aku sudah bosan tahap maharaja. Memang dekat lebih kurang 15 minit saja sudah sampai jika berjalan kaki.

Hati Kecik ku

Berdebar hati aku menanti hari esok hari. Kerna pada keesokan pagi aku akan ditemudugakan oleh orang2 telekom malaysia (tm). Gentar siot!!!
p/s: doa-doakan aku supaya perjalanan aku lancar dan dapat kerja cepat boleh kahwin cepat. Amin.

Temuduga?

Trutt.. Trutt..

Telefon bimbit aku memekak disiang hari. Kacau betul aku nak lelap untuk beberapa jam lagi pun takleh. haha. Owh! Ada orang hantar sms. Sender bernama FOCus. Pelik.



Sila Hadir Temuduga HSBB 5/2/09 Tkt 10(U) Menara Tm Jalan Pantai Baru KL
9am, Bawa Sijil Asal & Gambar. Hubungi bla bla bla lagi.



Mamai lagi. Oo! Rupanya job nie aku penah mohon online dulu dulu. Tak sangka bule dapat shortlist. Gila la ha. Apa tue HSBB (High Speed Broadband) ek?. Biasala aku dari jurusan Mekanikal. Memang tak kena. Haha.

Huh! Kena berkerja keras nie. Aku sudah terlalu lama menjadi suribantal di rumah. Harap harap aku dapat position pembantu teknik nie. Amin.

penjajah