Seharian di Dataran Putra, Putrajaya.

Masjid Putrajaya.

Watak utama dalam ini cerita.

Watak Heroine aka merangkap buah hati gua.

Nothing special. Banyak kereta. Lepak-lepak. Santai-santai. Jalan-jalan. Makan-makan. Blah.

p/s: dekat dengan bangunan putra perdana.

Ada Apa Dengan Baju?




Ada apa dengan baju? Ada baju kecik, ada baju besar. Ada juga baju berlengan panjang & juga ada berlengan pendek. Baju juga ada yang plain & ada juga yang bercorak. Ada fit ada standard. Jadi mana pilihan korang? takde pape sebenarnya. Haha. Nie cuma thread boring jek. Chow.

p/s: rasa macam mahu cari duit sampingan. ada business tak kawan-kawan? kih3.

Rubik?



Baru 1 sisi jek yang dapat aku solve. yang lain hampeh! haha.

Sekarang nie aku sudah jatuh cintan dengan satu permainan minda. Rubik. Best gile sampai takleh tido malam nak selesaikan 1 part jek. haha. Layan-layan.

p/s: Pas dah expert nak solve cube lain plak.

1 Malaysia Dari TM.



Kemunculan iklan TV One Malaysia TM dan Iklan Media Cetak yang mula disiarkan pada bulan ini. Iklan TV dalam Bahasa Melayu dan Inggeris telah disiarkan buat pertama kali di RTM, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan stesen-stesen Astro pada 24 Julai 2009 dan akan terus disiarkan sehingga 5 September 2009 . Iklan Media Cetak dalam bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan Bahasa Melayu pula mula disiarkan di semua akhbar utama pada 27 Julai 2009 sehingga 31 Ogos 2009.

Nantikan kemunculan iklan-iklan ini!

p/s: dapat emel dari tm.

Pagi Yang Selesa Bangat!



Syiok gila tidur kat dalam office. First time nie. Dengan bantuan 2 kerusi aku dapat tidur dengan aman sekali. Lain kali nak buat lagi ar. Sumpah patah tulang pelvis aku kalau hari-hari camni. Hahaha.

p/s: nak tunggu sampai pukul 3pm. Then cabut!

Bulan Malam Dipagari Bintang-Bintang.



Hari ini first time aku masuk shift malam. Sedap kalau time-time camni terjun kat katil dan ditemani bantal tersayang. Hahaha. Masa tengah menaip thread nie mata aku dah terkebil-kebil. Memang mintak untuk didodoikan nie. Kah3.

Malam nie tak tahu nak watpe. Maybe layan forum-forum dulu kemudian layan movie seketul dua . Esok aku sambung kerja pula. sampai pukul tiga. Then balik batu pahat.

p/s: gaji dah masuk! Nak kena bayar hutang-hutang. Hahaha.

RM Lima Puluh Sahaja.



Jom ramai-ramai cucuk atm. Smart. Nanti sayang pulak nak bayar guna duit nie. Hehe.

Budget 2009-2010.

Duit-duit. Mana nak cari nie? Haha. Banyak projek aku nak buat kat kamera dslr a200 aku ngan kereta saga blm nie.

Bagi kategori a2oo;

1. Flash - HVL-F42AM (2nd)
2. VG-B30AM (2nd)
3. SAL 50mm F1.8 (1st)
4. KM 28mm F2.8 (2nd)
5. Beg (2nd)

kategori Saga BLM;

1. Bodykit Modulo/R3
2. Exhaust

p/s: agak-agak boleh dapat ke tak? hehe.

Hitam Putih.


DSC00060, originally uploaded by faezler.

Peh. Banyak barang-barang apple. Macam iMac, iPod dan yang paling best iPhone. Cuci mata jek sebab takde duit. Haha.

Alpha Dua Ratus Ku!

Akhirnya. Impian aku memiliki kamera DSLR telah pun tercapai. Sony Alpha 200 single lens telah menjadi hak aku sepenuhnya. Tiada lagi melihat kamera orang lain dan berangan-angan. Tak kesah la orang nak kata apa sebab aku punya sony a200. Janji boleh "menembak" sana sini. Hehe.

Ok. Budget untuk kamera aku selepas ini ialah untuk memiliki sebuah lagi lensa. Lensa yang aku maksudkan ialah prime lens iaitu 50mm f1.7/1.8. Harap-harap akan menjadi kenyataan sekali lagi. Amin. Hehe.

p/s: Akan upload gambar a200 tersebut. :B

penjajah