Hujan Lebat atau Renyai-Renyai?


Bagi gua ini album Hujan yang terbaik dari terdahulu. Ada 14 buah lagu semua. Kebanyakkan lagu baru & ada juga dari lagu lama.

Oh ye! Gua dah beli album ni. Adakah gua juga RAINGERS?

Tahniah Akmal.

Selamat penganti baru (walaupun lambat post kat blog) kepada member serumah semasa belajar di Politeknik Port Dickson. Jaga isteri elok-elok bro! Semoga lu & isteri lu bahagia hingga akhir hayat serta mendapat anak yang cun/hensem.

Bukan itu saja, gua juga dapat berjumpa dengan rakan lama gua. Amir da Jinggo, Wanz & Si Bad. Rindu sial nak bersosial dengan budak budak jahat nie. Haha. Jumpa lagi di majlis kahwin yang lain. :)

Demam punya pasal.

Sekali gua demam & sesema tak ingat punya. Satu kerja takleh buat. Urat2 batin gua semua nak keluar.

Berdenyut-denyut beb!

Moga esok lusa gua sihat sedia kala supaya gua boleh tidor dengan tenang. Amin.

Terapi Gelang Magnet.

Kecoh pasal gelang magnet yang dikatakan baik untuk kesihatan dan kini sebenarnya takda apa-apa khasiat.

Boleh layan kat blog otai otai nie;

http://suhaimiramly.wordpress.com/2010/02/13/terapi-magnet-kelentong/

http://aididmuaddib.blogspot.com/

atau,

http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy

Sebenarnya banyak lagi otai otai blog yang tulis pasal ni. GOOGLE la sendiri. Sekian.

penjajah