Mari Tunjuk Kuasa Terpendam Esok!

Hari-hari seperti biasa. Biasa yang sampai kita tidak sedar waktu semakin menjauh dan jauh. Sehingga kita menjadi matang dalam kehidupan. Setiap peristiwa yang berlaku akan mendewasakan kita. Mengajar kita lebih kepada kehidupan yang akan datang.

Amacam ayat diatas? Ada gaya macam ahli motivasi tak? hehe. Tue baru mukadimah jek. Belum isi yang lebih dahsyat. Haha.

Kadang-kadang aku meng'update blog ferevet aku nie. Bukan selalu online pun. Maklum la orang bekerja nie jarang ada masa terluang. HAHAHA. Rilek la. Gurau jek. Sekarang nie aku masih training dengan orang Peranchis dari syarikat Alcatel. Chris. Ada ngantuk sikit la time dengar ceramah mat saleh nie. hehe.

Khamis esok (28/05) ada perlawanan Bowling antara budak-budak ofis. Di Alamanda, Putrajaya. Yang penting aku sebagai orang yang low profile akan mengeluarkan bakat terpendam yang telah ada sejak azali lagi. Saksikan laaa....

p/s: macam hebat tapi tak hebat cuma kata-kata bercampur gaul dengan perbuatan yang biasa-biasa jek.

Aku Rasa Kelat Jek

Kelat kelat masam jek sejak gadisku pergi kursus di Kemaman, Terengganu selama 1 minggu. Lama tue oi!. Aku keseorangan di Putrajaya nie. Sepi sekali. Bila mahu balik ke sini gadisku?


Sekarang aku sedang menjalani training di Cyberjaya. Tak habis-habis asyik training jek. Aku pun dah naik menyirap. Jum minum air sirap. Haha. Melalut sekejap. Hari nie training kat meeting room. Memang mengantuk tahap kritikal aku dibuatnya. Nie akibatnya makan nasik lemak secara berlebihan pagi tadi. Tapi takpe janji perut ada kenyang maa. Huhuhu.

Training di Cyberjaya selama 1 bulan lamanya. Apa boleh buat. Aku kuli jek. Dapatla jumpa kawan-kawan dari Cherating lagi. Nanti dah susah nak jumpa pasni.
pisst: Akhir bulan nie dah mula kerja shift. Selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja. hehe.

Maafku Pinta Dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki

Tajuk macam sekarang nie hari raya pulakkan? Tetapi bukan. Aku meminta maaf kepada gadisku kerana aku tidak dapat hadirkan diriku ke majlis konvo dia. Sedey oo tak dapat datang. Bukanku sengaja atau pun mengelak-gelak. Aku tak dapat kerna ada komitmen yang tak dapat dielakkan. Harap gadisku jika terbaca blog ini agar kamu memahamiku dan memaafkan aku ini. I'm so so so sorry sayang. :)

p/s: nanti b belikan bunga & teddy bear ok. hehe.

Fuh! Leganya.

Aku kini dah tidak berkerja di TM Annexe 1 di Kuala Lumpur. Aku mohon untuk bertukar ke Cyberjaya. Eh! dapat pulak. Hehe. Sekarang nie skop kerja aku pun tertukar sama. Aku lebih kepada bahagian kabel dasar laut. Maleh nak cerita lebih lanjut. Aku sendiri pun masih blur lagi. Kah3.

Dah lama aku tak update blog feveret orang malaysia nie (syok sendiri siot!). Hahaha. Nie baru jek balik dari Cherating, Pahang menjalani kursus/latihan di Stesen Kabel Dasar Laut di sana selama 1 minggu. Terima kasih kepada Hafiz, Syed, Mizi & Syam kerana membenarkan aku menumpang rumah mereka di Pak Itam Inn. Memang best tepi laut.

Isnin (04/05) nie ada training lagi. Tetapi di Cyberjaya pulak. Nasib baik dekat. Hehehe. Kita berjumpa lagi kawan-kawan dari Cherating nanti yee.

p/s: Sudah ada di Putrajaya boleh jumpa buah hatiku. Dekat Di Hati (TV9). Kih Kih Kih!

penjajah