Aku Rasa Kelat Jek

Kelat kelat masam jek sejak gadisku pergi kursus di Kemaman, Terengganu selama 1 minggu. Lama tue oi!. Aku keseorangan di Putrajaya nie. Sepi sekali. Bila mahu balik ke sini gadisku?


Sekarang aku sedang menjalani training di Cyberjaya. Tak habis-habis asyik training jek. Aku pun dah naik menyirap. Jum minum air sirap. Haha. Melalut sekejap. Hari nie training kat meeting room. Memang mengantuk tahap kritikal aku dibuatnya. Nie akibatnya makan nasik lemak secara berlebihan pagi tadi. Tapi takpe janji perut ada kenyang maa. Huhuhu.

Training di Cyberjaya selama 1 bulan lamanya. Apa boleh buat. Aku kuli jek. Dapatla jumpa kawan-kawan dari Cherating lagi. Nanti dah susah nak jumpa pasni.
pisst: Akhir bulan nie dah mula kerja shift. Selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja. hehe.

penjajah