Mari Tunjuk Kuasa Terpendam Esok!

Hari-hari seperti biasa. Biasa yang sampai kita tidak sedar waktu semakin menjauh dan jauh. Sehingga kita menjadi matang dalam kehidupan. Setiap peristiwa yang berlaku akan mendewasakan kita. Mengajar kita lebih kepada kehidupan yang akan datang.

Amacam ayat diatas? Ada gaya macam ahli motivasi tak? hehe. Tue baru mukadimah jek. Belum isi yang lebih dahsyat. Haha.

Kadang-kadang aku meng'update blog ferevet aku nie. Bukan selalu online pun. Maklum la orang bekerja nie jarang ada masa terluang. HAHAHA. Rilek la. Gurau jek. Sekarang nie aku masih training dengan orang Peranchis dari syarikat Alcatel. Chris. Ada ngantuk sikit la time dengar ceramah mat saleh nie. hehe.

Khamis esok (28/05) ada perlawanan Bowling antara budak-budak ofis. Di Alamanda, Putrajaya. Yang penting aku sebagai orang yang low profile akan mengeluarkan bakat terpendam yang telah ada sejak azali lagi. Saksikan laaa....

p/s: macam hebat tapi tak hebat cuma kata-kata bercampur gaul dengan perbuatan yang biasa-biasa jek.

penjajah