Fuh! Leganya.

Aku kini dah tidak berkerja di TM Annexe 1 di Kuala Lumpur. Aku mohon untuk bertukar ke Cyberjaya. Eh! dapat pulak. Hehe. Sekarang nie skop kerja aku pun tertukar sama. Aku lebih kepada bahagian kabel dasar laut. Maleh nak cerita lebih lanjut. Aku sendiri pun masih blur lagi. Kah3.

Dah lama aku tak update blog feveret orang malaysia nie (syok sendiri siot!). Hahaha. Nie baru jek balik dari Cherating, Pahang menjalani kursus/latihan di Stesen Kabel Dasar Laut di sana selama 1 minggu. Terima kasih kepada Hafiz, Syed, Mizi & Syam kerana membenarkan aku menumpang rumah mereka di Pak Itam Inn. Memang best tepi laut.

Isnin (04/05) nie ada training lagi. Tetapi di Cyberjaya pulak. Nasib baik dekat. Hehehe. Kita berjumpa lagi kawan-kawan dari Cherating nanti yee.

p/s: Sudah ada di Putrajaya boleh jumpa buah hatiku. Dekat Di Hati (TV9). Kih Kih Kih!

penjajah