Saya Kini Seorang Yang Penat

Fuh! dah lama tidak meng'update'kan blog ku ini. Ini semua gara-gara busy di tempat kerja aku (ceh yo yo jek aku). Alhamdulillah. Hari Isnin yang lalu aku dengan gang-gang yang lain telah pun pergi lapor diri di Tm Annexe 1 tingkat 11.

Aku ditempatkan di bahagian sfc (first time dengar macam team bola sepak plak. haha) bersama dengan Tihah (gila-gila dak nie. Asyik nak berguling jek. Hati-hati). Syam (dah minta tukar pergi cherating bahagian submarine) dan Sari (tension dengan kerja yang takde) satu tempat dengan kitaorang. Manakala member kenalan forumku, Nik (kasik dye kantoi sikit. kihkih) kena kat bahagian lain. Ala sebelah opis jek.

Mula mula tengok diorang buat kerja memang blur habis. Tak tahu apa-apa. Haha. Biasala kami olang balu maa. Tapi dah seminggu kami belajar (dengan kata lain; duduk-duduk, sembang-sembang, jalan-jalan, masuk e-mail, kacau orang lain) dari senior-senior TM baru la boleh masuk sikit.

Untuk minggu ke-2 nie kena kerja lebih keras lagi (semangat nie). Tapi masalah lain timbul aku still mencari rumah/bilik sewa area-area dekat dengan tempat kerja aku nie. Sekarang ni aku ulang alik dari Putrajaya ke KL Sentral ke Kerinchi. Rabak duit aku!

p/s: gaji oh gaji.

penjajah