lena

semalam i tak dapat tidur. mungkin sebab i baru balik makan dari restoran sri baging. kat situ boleh tahan sedap woo. tapi itu bukan fokusnya. mungkin sebab i tak habis lagi tengok prison break season 4 walaupun i dah khatam tahun tahun yang lepas. tapi itu bukan fokusnya. owh mungkin juga i nampak cicak cicak liar berkeliaran atas siling sambil membuat andaian jika tahi cicak cicak liar tersebut jatuh kedalam mulut i semasa i tengah tidur nanti. najis najis. woha!

akhirnya i dapat tidur lena selepas i solat isya'. itu fokusnya.

tutup mata. mimpi indah. pelbagai gaya tidur dipersembahkan malam itu. mungkin.

penjajah