Adakah Ini Dragonball atau Fishball?

Hari ini best keluar dengan member-member gua yang dah lama tak ketemu. Member serumah semasa di Politeknik Port Dickson. Memang sempoi budak 2 ekor nie. Sorang Hazwan & sorang Pian. Memang gila-gila macam aku. Thanks korang! Haha.


Hari kitaorang pergi menonton wayang cerita Dragonball Evolution di Jaya Jusco Seremban 2. Gua cakap cerita ni memang best. Eh! silap. Memang hampeh nak mampus. Tak berbaloi dengan tiket harga RM10 dengan cerita yang ending sampai 1 jam lebih sikit jek. Cerita memang tak ikot dalam manga punya. Terlalu singkat penceritaannya. Tup tup jek dah habis. Tahi.

Tapi takpe. Dapat gak aku luangkan masa dengan member-member lama. Cerita hal masing-masing yang lagi best dari filem Dragonball tue. Ops! Mungkin aku panggil Fishball jek. Hahaha.

pistt: manga hasil dari Akira Toriyama juga yang terbaik dari ladang!

penjajah