Bersedialah Mental & Fizikalku Nanti

Sukacita dimaklumkan bahawa Telekom Malaysia telah memilih tuan untuk ditawarkan lantikan sebagai Pembantu Pegawai Teknik secara kontrak dan bla bla bla lagi.

Semalam (selasa) aku pergi ambil offer letter kat Menara TM. Perjalanan aku dari Johor (Batu Pahat) terus ke menara TM amat meletihkan minda dan otot-otot aku. Dari Puduraya, pergi ke masjid jamek untuk tukar train dan kemudian ke kerinchi (tempat menara TM) dan balik ke KL Sentral dan terus ke Seremban. Tapi aku gembira sebab dapat offer letter. Kuikuikui.

16/03/2009 - Aku perlu melaporkan diri di Telekom Malaysia Training Centre di Jalan Gurney Kiri dan terus pergi ke program induksi selama 3 minggu di Terengganu. Oh apakah terjadi disana nanti? Nantikan berita selanjutnya selepas pulang nanti ye.

Aku perlu selesaikan semua ini dalam minggu ini jugak. Yela minggu depan dah kena lapor dah. Tension-tension. Kena buat medical check-up, matikan setem (nak kena bunuh setem ke? haha) photostat tue photostat nie dan macam-macam lagi.

pistt: satu transformasi akan berlaku. Wakakaka.

penjajah