Mimpi atau Realiti?

Cam tak percaya jek aku salah sorang yang tersenarai menduduki carta orang-orang yang telah berjaya dari temuduga hsbb hari tue. Orang dari telekom Malaysia telah pun memberitahu aku tengahari tadi. Syukur alhamdulillah. Dapat gak aku kerja.

Hari selasa (10/03) nie aku dimestikan ke menara tm semula untuk amik offer letter. Aku mendapat tahu aku perlu melapor diri pada 16/03 untuk program induksi selama 3 minggu di Terengganu. Kemudian baru la aku di post kan ke area lembah klang.

Semuanya masih lagi samar. Jadi aku perlu ke menara tm selasa nie untuk maklumat lanjut. Tunggu berita selanjutnya.

pisst: macam-macam aku nak beli bila dah kerja nanti. barang-barang dier ialah... nantilah aku bagitahu. hehe.

penjajah