Aku Rasa Kelat Jek

Kelat kelat masam jek sejak gadisku pergi kursus di Kemaman, Terengganu selama 1 minggu. Lama tue oi!. Aku keseorangan di Putrajaya nie. Sepi sekali. Bila mahu balik ke sini gadisku?


Sekarang aku sedang menjalani training di Cyberjaya. Tak habis-habis asyik training jek. Aku pun dah naik menyirap. Jum minum air sirap. Haha. Melalut sekejap. Hari nie training kat meeting room. Memang mengantuk tahap kritikal aku dibuatnya. Nie akibatnya makan nasik lemak secara berlebihan pagi tadi. Tapi takpe janji perut ada kenyang maa. Huhuhu.

Training di Cyberjaya selama 1 bulan lamanya. Apa boleh buat. Aku kuli jek. Dapatla jumpa kawan-kawan dari Cherating lagi. Nanti dah susah nak jumpa pasni.
pisst: Akhir bulan nie dah mula kerja shift. Selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja. hehe.

Maafku Pinta Dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki

Tajuk macam sekarang nie hari raya pulakkan? Tetapi bukan. Aku meminta maaf kepada gadisku kerana aku tidak dapat hadirkan diriku ke majlis konvo dia. Sedey oo tak dapat datang. Bukanku sengaja atau pun mengelak-gelak. Aku tak dapat kerna ada komitmen yang tak dapat dielakkan. Harap gadisku jika terbaca blog ini agar kamu memahamiku dan memaafkan aku ini. I'm so so so sorry sayang. :)

p/s: nanti b belikan bunga & teddy bear ok. hehe.

Fuh! Leganya.

Aku kini dah tidak berkerja di TM Annexe 1 di Kuala Lumpur. Aku mohon untuk bertukar ke Cyberjaya. Eh! dapat pulak. Hehe. Sekarang nie skop kerja aku pun tertukar sama. Aku lebih kepada bahagian kabel dasar laut. Maleh nak cerita lebih lanjut. Aku sendiri pun masih blur lagi. Kah3.

Dah lama aku tak update blog feveret orang malaysia nie (syok sendiri siot!). Hahaha. Nie baru jek balik dari Cherating, Pahang menjalani kursus/latihan di Stesen Kabel Dasar Laut di sana selama 1 minggu. Terima kasih kepada Hafiz, Syed, Mizi & Syam kerana membenarkan aku menumpang rumah mereka di Pak Itam Inn. Memang best tepi laut.

Isnin (04/05) nie ada training lagi. Tetapi di Cyberjaya pulak. Nasib baik dekat. Hehehe. Kita berjumpa lagi kawan-kawan dari Cherating nanti yee.

p/s: Sudah ada di Putrajaya boleh jumpa buah hatiku. Dekat Di Hati (TV9). Kih Kih Kih!

Saya Kini Seorang Yang Penat

Fuh! dah lama tidak meng'update'kan blog ku ini. Ini semua gara-gara busy di tempat kerja aku (ceh yo yo jek aku). Alhamdulillah. Hari Isnin yang lalu aku dengan gang-gang yang lain telah pun pergi lapor diri di Tm Annexe 1 tingkat 11.

Aku ditempatkan di bahagian sfc (first time dengar macam team bola sepak plak. haha) bersama dengan Tihah (gila-gila dak nie. Asyik nak berguling jek. Hati-hati). Syam (dah minta tukar pergi cherating bahagian submarine) dan Sari (tension dengan kerja yang takde) satu tempat dengan kitaorang. Manakala member kenalan forumku, Nik (kasik dye kantoi sikit. kihkih) kena kat bahagian lain. Ala sebelah opis jek.

Mula mula tengok diorang buat kerja memang blur habis. Tak tahu apa-apa. Haha. Biasala kami olang balu maa. Tapi dah seminggu kami belajar (dengan kata lain; duduk-duduk, sembang-sembang, jalan-jalan, masuk e-mail, kacau orang lain) dari senior-senior TM baru la boleh masuk sikit.

Untuk minggu ke-2 nie kena kerja lebih keras lagi (semangat nie). Tapi masalah lain timbul aku still mencari rumah/bilik sewa area-area dekat dengan tempat kerja aku nie. Sekarang ni aku ulang alik dari Putrajaya ke KL Sentral ke Kerinchi. Rabak duit aku!

p/s: gaji oh gaji.

Aku Pulang Dari Terengganu ke Kuala Lumpur dan Terus ke Seremban

Lega sungguh bila sudah pulang dari program induksi HSBB di kolej multimedia timur, Terengganu. Suka ada, sedih pun ada. Suka sebab dapat pulang ke negeri asal dan boleh kerja segera. Sedih sebab terpaksa tinggalkan penjaga dan pengajar di sana, lebih-lebih lagi "ibu" yang telah mengangap kami semua seperti anaknya. Aku sadis melihat ibu menitis air mata semasa melihat kami menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Isk Isk.

Macam-macam pengalaman yang aku dapat selama 3 minggu berada di Terengganu. Dapat melihat cara hidup di sana. Kawan-kawan yang kepala ok-ok semuanya. Hahaha. Sempat gak aku melawat Masjid Kristal, Air Terjun Sekayu, Pasar Payang, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk dan lain-lain. Mungkin satu hari nanti aku kesana lagi. Insya Allah.





pisst: penat siot!

penjajah